Katalog IBS Kebangsaan Siri I merupakan inisiatif kerajaan dalam menyeragamkan saiz komponen struktur konkrit pra-tuang bagi bangunan kerajaan dan juga sebagai rujukan kepada para pemaju, pengeluar, perunding, kontraktor dan pihak industri pembinaan amnya dalam pelaksanaan projek bangunan IBS.
| ![]() |
Dalam katalog Siri 1 ini merangkumi komponen struktur konkrit pra-tuang yang melibatkan jenis struktur lantai konkrit pra-tuang berongga (hollow core slab), lantai konkrit pra-tuang separa lantai (half slab), tiang konkrit pra-tuang segi empat sama (square column), rasuk konkrit pra-tuang bentuk segi empat tepat dan sama (rectangular beam), rasuk konkrit pra-tuang bentuk L (L-shaped beam) dan rasuk konkrit pra-tuang bentuk T (T-shaped beam).
Katalog IBS Siri 1: Komponen Struktur Pra-Tuang

